Isnin, 28 Oktober 2013

Hikmah " 1 "

Tiada noktah untuk suatu pencarian buat kita semua.  Walau tiada penghujungnya, kita harus pusatkan kemahuan itu dalam pencarian yang sebenarnya.  Biarpun takdir melangkaui alam, cinta nan satu kepadaNya wajib diutamakan. Walaupun jiwa itu menghalang, kita harus melawan setiap keburukan yang berpusar di ceruk hati.  Betapa sukar pengertian itu untuk diselami, sukar lagi kehendak jiwa yang menolaknya.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Takdir Terindah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni tergerak lagi hati untuk menulis.. tidak banyak yang Qaseh nak ceritakan..

Ianya hanya tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidup Qaseh.. walaupun hadirnya sementara.. tapi ia memberikan kenangan terindah yang tidak dapat dijual beli..

Hari ni genap 3 bulan dia pergi.. Genap 3 bulan ALLAH jaga dia disana..

InsyaAllah ada masa Qaseh akan ceritakan perjalanan hidup bersama Arwah Razid Bin Sadiran.

p/s :: Sedikit Nukilan Hati..


:: Kenangan Terindah ::

Tika bibir tidak mampu bicara kandungan minda..
Kala lisan tak mampu mengucapkan..
Biarlah pena menulis meluahkan kata-kata..

Walaupun masa terus melarikan waktu..
Namun kenangan itu tetap segar diingatan..

Saat perkhabaran tentang pemergianmu singgah..
Diriku hanya bisa menitiskan air mata.
Jatuh rasanya langit ini..
Hati terus menangis akal menggila..
Hanya ALLAH yang mengertibjiwa melara..
Bukan mudah untuk melepaskan..
Apatah lagi merelakan..

Mereka yang disisi berkata :
   Yang kekal di alam ini cumalah DIA.
   Pencipta yang Maha Agung lagi
   Maha Mengetahui akan segalanya..
   Pasrahlah pada ketentuan TUHAN..
   Kerana DIA yang lebih mengerti..

Tahukah mereka..

Sebenarnya bukan mudah memujuk hati sendiri yang telah sepi.

Namun air mata yang mengalir.
Kesedihan yang terus menyelubungi diri.
Bukan tanda diri tidak redha akan ketentuan Ilahi.

Cuma sebagai tanda kata-kata yang tidak terluah.
Bahawa kematian ini tidak akan mengakhiri cinta.

Bukan mudah untuk melupakan.
Apatah lagi dipadam daripada kotak pemikiran.
Lalu kenangan kita.
Kusemat rapi disudut hati yang terindah.

Ku yakinkan diri agar bisa melewati.
Tapi sesungguhnya sangat berat.

    Mencari hidayah daripada-MU.
    Dalam mendidik kesabaranku..
    Ya ALLAH tabahkan hati
    hamba-MU..
    Di atas perpisahan ini..

:: Tidak semua perkara mudah untuk diperjelaskan dengan kata-kata, kerana tidak semuanya boleh difahami dengan sebaik-baik pemahaman.  Seharusnya ia perlu lebih dimengerti ::

** Al-Fatihah untuk Arwah Razid Bin Sadiran.. Moga tenang dan bahagia di sana sayang.. **

Ahad, 13 Oktober 2013

Rintihan Sang Hati yang Pilu

Assalamualaikum..

Ya ALLAH,
Seandainya diriku ini tidak lagi diperlukan oleh mereka,
KAU ambillah kembali diriku dalam keadaan hamba-MU yang beriman.. amin..


Ya ALLAH, kenapa KAU buatkan hatiku ini mudah sangat terluka dengan kata-kata mereka.

Apalagi yang diperlukan andai kata-kata itu keluar dari mulut seorang insan yang sangat dihormati dan disayangi.  Rasa tidak ada nilainya.

Hanya zikir pada ALLAH sahaja mampu menampal kepedihan luka itu. Ya ALLAH, pada-MU ku berserah.


:: lara hati yang pilu ::

Khamis, 10 Oktober 2013

Pembukaan

Assalamualaikum..

Akhirnya tercipta semula blog untuk kali ke 2, selepas blog pertama saya lupa kata laluannya..

Tak tahulah kenapa hari ni kuat sangat rasa hati nak buat blog. Biarlah semua ni berhikmah. Sejujurnya saya masih tak mahir untuk berblog2 nie.. huhuhu

InsyaAllah blog ni hanya luahan daripada lakaran kehidupan saya.. insyaAllah..

Kala lisan tidak mampu mengucapkan,
Biarlah jemari yang menuliskan,
Agar tiada menjadi beban difikiran..