Selasa, 26 November 2013

Gelombang Otak Kita

- Gelombang Otak -

Gelombang Beta :
  - Gelombang Beta melibatkan penggunaan otak secara maksimum iaitu konsentrasi yang penuh diperlukan pada tahap ini.  Hal ini bermakna pemikiran beta berlaku dalam keadaan minda sedar dan terancang.  Seorang individu yang sedang menyelesaikan masalah yang mencabar, seperti teka-teki atau teka silang kata yang sukar, merupakan contoh penggunaan otak pada gelombang beta.

Gelombang Alfa :
  - Gelombang Alfa pula merujuk penggunaan otak yang tidak memerlukan konsentrasi yang sepenuhnya atau apabila seseorang individu dalam keadaan istirehat, seperti apabila mandi, minum teh pada waktu petang atau berjoging.  Dalam erti kata lain, minda dalam peringkat ini berada dalam situasi separuh sedar.

Gelombang Teta :
  - Gelombang teta pula melibatkan minda yang berada dalam keadaan seoaruh jaga dan dengan penuh istirehat.  Antara contoh aktiviti yang dilakukan menggunakan gelombang teta termasuklah meditasi dan yoga.

Gelombang Delta :
  - Gelombang delta pula merupakan peringkat merehatkan otak secara optimum seperti keadaan semasa tidur nyenyak.

Khamis, 21 November 2013

Manusia, Harapan dan Impian.

Taburkan selaut janji sebuah harapan, biarkan fikiran siuman itu akan muncul kembali dengan perlahan-lahan.  Biar angin merangkak pergi, asal saja kita mengerti terdapat sebuah harapan yang akan mengiringi impiannya..

Harapan..
Tidak salah kita mengharap akan sebuah impian dalam kekaburan.

Tarik-tariklah fikiran siuman itu dan simpulkannya mati walau sekecil zarah.

Doa itu,
Biar bertangga di suatu sudut kerana fikiran itu baru menjejak laman putihnya.

Pacakkan tiang berpangkah, agar dia melihat dan mengenali siapakah dirinya yang sebenar.

Manusia..
Jika tidak tidak terkena batang hidung sendiri, manakan tahu hitam putihnya.

Tapi selumbar di celah kuku,
Dibiar saja tertanam di situ.

Akhirnya,
Selumbar menjadi racun dan bernanah kerana bisanya.  Sudah terhantuk baru nak tergadah.  Manusia, tetap bergelar hamba sehingga akhir nyawa.

Lukisan Suara

Sekadar lukisan suara.
Suara yang tidak berpangkah dan bercabang di hujungnya. Bersimpuhlah diri berulang kali dan hadap saja kebenaran yang terbentang di telapak tangan.  Ah, mentari itu hilang lagi dan rebahlah diri ini di lopak yang dicorak tangan sendiri..!!
Cerita sebuah lukisan yang tidak berwajah.  Raihlah hati dan pujuklah si jiwa yang merana kerana apa yang terkisah adalah hati bakar sang mentari.

Ah, seorang hamba..!!!

Wajahnya tersenyum lagi dalam kemaruk senja.  Siapa yang akan percaya dan siapa pula yang akan membuka telinga..?? Sesungguhnya, takdir itu adalah lakaran-NYA kerana DIA yang berkuasa.

Rabu, 13 November 2013

Selendang Merah

Suatu ilmu persilatan yang paling tinggi dalam sejarah melayu dan suatu ilmu persilatan yang harus dirahsiakan daripada pandangan mata-mata kerana ilmu Selendang Merah adalah suatu bentuk ilmu persilatan bertujuan untuk pembunuhan.




P/s :: ada siapa-siapa yang boleh terangkan dengan lebih mendalam berkenaan ilmu selendang merah ni..?? Qaseh berminat nak tahu lebih mendalam..

Hikmah 2



Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris. Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. 

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah. Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya, agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan. Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain, agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina. Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri, agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya. Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan. Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh, untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan. Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera. Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur serta melaksanakan amanah yang telah dijanjikan dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..

Wallahu'alam......

Isnin, 28 Oktober 2013

Hikmah " 1 "

Tiada noktah untuk suatu pencarian buat kita semua.  Walau tiada penghujungnya, kita harus pusatkan kemahuan itu dalam pencarian yang sebenarnya.  Biarpun takdir melangkaui alam, cinta nan satu kepadaNya wajib diutamakan. Walaupun jiwa itu menghalang, kita harus melawan setiap keburukan yang berpusar di ceruk hati.  Betapa sukar pengertian itu untuk diselami, sukar lagi kehendak jiwa yang menolaknya.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Takdir Terindah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni tergerak lagi hati untuk menulis.. tidak banyak yang Qaseh nak ceritakan..

Ianya hanya tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidup Qaseh.. walaupun hadirnya sementara.. tapi ia memberikan kenangan terindah yang tidak dapat dijual beli..

Hari ni genap 3 bulan dia pergi.. Genap 3 bulan ALLAH jaga dia disana..

InsyaAllah ada masa Qaseh akan ceritakan perjalanan hidup bersama Arwah Razid Bin Sadiran.

p/s :: Sedikit Nukilan Hati..


:: Kenangan Terindah ::

Tika bibir tidak mampu bicara kandungan minda..
Kala lisan tak mampu mengucapkan..
Biarlah pena menulis meluahkan kata-kata..

Walaupun masa terus melarikan waktu..
Namun kenangan itu tetap segar diingatan..

Saat perkhabaran tentang pemergianmu singgah..
Diriku hanya bisa menitiskan air mata.
Jatuh rasanya langit ini..
Hati terus menangis akal menggila..
Hanya ALLAH yang mengertibjiwa melara..
Bukan mudah untuk melepaskan..
Apatah lagi merelakan..

Mereka yang disisi berkata :
   Yang kekal di alam ini cumalah DIA.
   Pencipta yang Maha Agung lagi
   Maha Mengetahui akan segalanya..
   Pasrahlah pada ketentuan TUHAN..
   Kerana DIA yang lebih mengerti..

Tahukah mereka..

Sebenarnya bukan mudah memujuk hati sendiri yang telah sepi.

Namun air mata yang mengalir.
Kesedihan yang terus menyelubungi diri.
Bukan tanda diri tidak redha akan ketentuan Ilahi.

Cuma sebagai tanda kata-kata yang tidak terluah.
Bahawa kematian ini tidak akan mengakhiri cinta.

Bukan mudah untuk melupakan.
Apatah lagi dipadam daripada kotak pemikiran.
Lalu kenangan kita.
Kusemat rapi disudut hati yang terindah.

Ku yakinkan diri agar bisa melewati.
Tapi sesungguhnya sangat berat.

    Mencari hidayah daripada-MU.
    Dalam mendidik kesabaranku..
    Ya ALLAH tabahkan hati
    hamba-MU..
    Di atas perpisahan ini..

:: Tidak semua perkara mudah untuk diperjelaskan dengan kata-kata, kerana tidak semuanya boleh difahami dengan sebaik-baik pemahaman.  Seharusnya ia perlu lebih dimengerti ::

** Al-Fatihah untuk Arwah Razid Bin Sadiran.. Moga tenang dan bahagia di sana sayang.. **