Jumaat, 25 Oktober 2013

Takdir Terindah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni tergerak lagi hati untuk menulis.. tidak banyak yang Qaseh nak ceritakan..

Ianya hanya tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidup Qaseh.. walaupun hadirnya sementara.. tapi ia memberikan kenangan terindah yang tidak dapat dijual beli..

Hari ni genap 3 bulan dia pergi.. Genap 3 bulan ALLAH jaga dia disana..

InsyaAllah ada masa Qaseh akan ceritakan perjalanan hidup bersama Arwah Razid Bin Sadiran.

p/s :: Sedikit Nukilan Hati..


:: Kenangan Terindah ::

Tika bibir tidak mampu bicara kandungan minda..
Kala lisan tak mampu mengucapkan..
Biarlah pena menulis meluahkan kata-kata..

Walaupun masa terus melarikan waktu..
Namun kenangan itu tetap segar diingatan..

Saat perkhabaran tentang pemergianmu singgah..
Diriku hanya bisa menitiskan air mata.
Jatuh rasanya langit ini..
Hati terus menangis akal menggila..
Hanya ALLAH yang mengertibjiwa melara..
Bukan mudah untuk melepaskan..
Apatah lagi merelakan..

Mereka yang disisi berkata :
   Yang kekal di alam ini cumalah DIA.
   Pencipta yang Maha Agung lagi
   Maha Mengetahui akan segalanya..
   Pasrahlah pada ketentuan TUHAN..
   Kerana DIA yang lebih mengerti..

Tahukah mereka..

Sebenarnya bukan mudah memujuk hati sendiri yang telah sepi.

Namun air mata yang mengalir.
Kesedihan yang terus menyelubungi diri.
Bukan tanda diri tidak redha akan ketentuan Ilahi.

Cuma sebagai tanda kata-kata yang tidak terluah.
Bahawa kematian ini tidak akan mengakhiri cinta.

Bukan mudah untuk melupakan.
Apatah lagi dipadam daripada kotak pemikiran.
Lalu kenangan kita.
Kusemat rapi disudut hati yang terindah.

Ku yakinkan diri agar bisa melewati.
Tapi sesungguhnya sangat berat.

    Mencari hidayah daripada-MU.
    Dalam mendidik kesabaranku..
    Ya ALLAH tabahkan hati
    hamba-MU..
    Di atas perpisahan ini..

:: Tidak semua perkara mudah untuk diperjelaskan dengan kata-kata, kerana tidak semuanya boleh difahami dengan sebaik-baik pemahaman.  Seharusnya ia perlu lebih dimengerti ::

** Al-Fatihah untuk Arwah Razid Bin Sadiran.. Moga tenang dan bahagia di sana sayang.. **

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sy baru terbaca artikel ni...arwah merupakan rakan seperjuangan sy...kejadian pada petang itu masih kuat terpahat dalam memori sy...pelbagai kenangan kami lalui bersama...arwah juga baru hadir dalam hidup saya...biar sy kongsikan serba sedikit...pada tgh hari hari kjadian...sperti biasa kami mmbuat persiapan utk ke tempat latihan..tetapi hari itu terdapat sedikit kelainan berbanding hari sblumnya..sebelum ni kunci bilik kami arwah akan pegang dan simpan dengan baik...tetapi pada hari itu arwah memaksa sy utk simpan kunci bilik..sy seorang yg agak cuai dan sering lupa letak barang...so sbb 2 la sy lebih percaya kat arwah utk simpan kunci...tapi arwah tetap berkeras utk amanahkn sy supaya sy yg simpan kunci bilik....'lepas ni ko jugak nk masuk bilik ni' itulah kata2 arwah yg paling sy igt smpy bila2...arwah seorang yg sangat baik budi pekerti...sentiasa akan membantu...semoga rohnya tenang...dan ditempatkn dikalangan org beriman...adakah saudari qaseh ni dr tampoi jb...sekadar ingin pengesahan...sbb arwah selalu berkongsi dgn sy..sekian.

      Padam